Kononnya Saya Nusyuz!! Sedangkan Saya Di Halau Keluar Dari Rumah - Zila!!


#Rumah tangga mana yang tak pernah bergolak. Terbaru bekas peserta Akademi Fantasia keempat, Zila Seeron, 28 mengaku dia dan suaminya Along Raja Lawak sudah tak tinggal sebumbung sejak 4 bulan lalu. Sekarang ini Along sudah failkan kes nusyuz terhadapnya.
"Benar, kami sudah tidak sebumbung. Pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu.

#"Ketika itu, saya keluar bersama anak kami (Ahmad Danial, 5 tahun). Namun, seminggu selepas itu, dia ambil anak untuk bercuti ke Legoland dan kemudian langsung tidak benarkan saya berjumpa anak," kata penyanyi itu.

#Segalanya timbul apabila Along sering kali mencari salahnya tanpa sebarang alasan yang kukuh. Zila menjelaskan lagi dia akan cuba mendapatkan hak penjagaan anaknya walaupun ianya berpihak kepada Along.

#"Memang atas persetujuan bersama anak dijaga oleh suami. Saya hanya dapat berjumpa dengan Danial sebulan dua kali.

#"Sekarang ini saya tiada apa-apa jika mahu mendapatkan hak saya. Tetapi, saya akan tuntut anak saya apabila saya stabil nanti," tegasnya.

0 Response to "Kononnya Saya Nusyuz!! Sedangkan Saya Di Halau Keluar Dari Rumah - Zila!!"

Catat Ulasan